I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 31 May 2011

Visualisasi RPH

RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN  MATEMATIK  TAHUN  4

Mata pelajaran          :           Matematik
Kelas                          :           4  Bestari
Tarikh                         :           3  Mei  2011
Hari                             :           Rabu
Masa                          :           10.30 – 11.30 pagi
Bilangan murid          :           25 orang
Tajuk                           :           Pecahan
Sub Bidang Pelajaran :        Pecahan setara.
Objektif Pembelajaran :        Murid – murid dapat menyatakan dan menulis pecahan
                                                setara bagi pecahan wajar.
Hasil Pembelajaran:             Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid – murid
                                                dapat  menyatakan dan menulis pecahan setara bagi
                                                pecahan wajar dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada:    Murid-murid telah belajar mengenai pecahan wajar di
                                                pelajaran yang lepas.
Kemahiran Berfikir  :           1) Membanding dan membeza.
                                               2) Imaginasi.
Nilai Murni                :           1) Adil                         

                                              2) Kerjasama
                                              3) Menjana Idea
Bahan Bantu Mengajar:     1) Model pecahan.
                                              2) Gambar sekeping pizza.
                                              3) Jalur pecahan.
                                              4) Komputer riba.
                                              5) LCD
                                              6) Pen marker
                                              7) Kad permainan
                                              8) Kad manila
                                              9) Lembaran kerja





1) Guru memberikan kertas berbentuk bulat  kepada setiap orang murid.

2) Guru menampal gambar pizza yang besar pada papan putih.


3) Guru membimbing murid untuk menjalankan aktiviti:
a) Lipat gambar pizza tersebut kepada 2 bahagian yang sama.
b) Labelkan setiap bahagian sebagai  1/2.



c) Kemudian lipat lagi gambar pizza tersebut kepada 4 bahagian yang sama

d) Labelkan setiap bahagian sebagai ¼.









(20 minit)
Menyatakan dan menulis pecahan setara bagi pecahan wajar

1) Guru memulakan pelajaran hari ini dengan dengan menerangkan konsep pecahan setara.
2) Guru membuat demonstrasi pecahan setara dengan menggunakan jalur pecahan.
3) Guru mengedarkan jalur kertas kepada setiap orang murid.

4) Guru melipat kertas tersebut kepada 2 bahagian dan murid mengikut aktiviti guru.




5) Guru meminta murid mewarnakan satu bahagian.
6) Guru meminta murid menamakan bahagian pecahan yang telah diwarnakan.



             1/2
7) Kemudian guru melipat jalur kertas tersebut kepada 4 bahagian.








8) Guru meminta murid menamakan bahagian pecahan yang telah diwarnakan.










             2/4

9) Guru melipat lagi kertas tersebut kepada 8 bahagian.










10) Guru meminta murid menamakan bahagian pecahan yang telah diwarnakan.













              4/8
11) Daripada aktiviti-aktiviti  tersebut, guru mengaitkan dengan pecahan setara.

1/2  = 2/4  =  4/8

12) Guru menunjukkan beberapa lagi model pecahan setara menggunakan persembahan power point.

13) Guru menerangkan pecahan setara secara simbolik.

Contoh:
1/2  x  2/2  =  2/4 x 2/2  =  4/8

14) Guru menekankan bahawa pengangka dan  penyebut  mestilah didarabkan dengan nombor yang sama.


Contoh:













4/12

1/3  =  2/6  =  4/12

15) Guru memberi contoh yang lain menggunakan kad pecahan.





(15 minit)

- Permainan

1) Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2) Guru mengedarkan 16 kad pecahan  kepada setiap kumpulan.
3) Setiap kumpulan dikehendaki memilih kad pecahan dan memadankan dengan kad pecahan yang setara dengan kad pecahan tadi.

Contoh : 1/2 = 2/4 = 4/8


4) Setiap kumpulan diperuntukan masa selama 5  minit untuk melengkapkan  2  set pecahan setara.
5) Kumpulan yang terpantas melengkapkan set pecahan setara dikira sebagai pemenang.

6) Guru memberi ganjaran kepada kumpulan yang menang. 








Pengukuhan

1) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
2) Murid diminta menjawab semua soalan.

3) Guru dan murid berbincang mengenai lembaran kerja.

4) Guru memberikan ganjaran kepada murid yang dapat menjawab semua soalan dengan betul.







(5 minit)

Rumusan pelajaran

1) Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan menggunakan persembahan power point.

2) Guru bertanyakan soalan kepada murid secara rawak. 

3) Guru memberitahu bahawa Kuiz disediakan secara online dan boleh dicapai di dalam blog   Belajar Pecahan --> Klik di Sini


CONTOH-CONTOH PECAHAN









LEMBARAN KERJA

NOTA 1 : PENGENALAN PECAHAN

Apakah itu pecahan?




1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
    adalah sama;

    Contoh:  ,  ,   dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a)     Pengangka - angka yang terletak di atas


b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah


5. Jenis-jenis pecahan:

    (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
        Contoh:  , 

    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
         Contoh:  , 

    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
          Contoh:   setara dengan 

    (iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.    
          Contoh:  ,